1. PENGENALAN:
HAMRA MIND CENTRE (No.Pendaftaran NS0058702-V) ditubuhkan pada 01 Julai 2009 dengan wawasan murni untuk memberikan alternatif kepada usaha pembentukan warganegara Malaysia yang cemerlang dari segi Kerohanian, Mental, Jasmani dan Sahsiah. Kecemerlangan ini diterjemahkan melalui penyampaian yang lebih bersifat praktikal mengikut acuan agama dan budaya negara ini.
Kecemerlangan tersebut berteraskan kepada 4 kaedah yang digunakan dalam sesi latihan dan bengkel iaitu :
KAEDAH TEORI + KAEDAH PEMBELAJARAN PENGALAMAN + KAEDAH METODOLOGI + KAEDAH GERAK KERJA = PRAKTIKAL.
2. FALSAFAH:
“MENJANA KECEMERLANGAN TANPA BATASAN MELALUI TINDAKAN KEANAI-ANAIAN.”
3. MATLAMAT:
HAMRA MIND CENTRE menerajui bidang latihan ke arah pembentukan generasi yang profesional serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja (modal insan).
4. MOTTO:
“Mover, Inspirational, Never Give Up & Determination”
(MIND)
HAMRA MIND CENTRE
3:06 PM |
Labels:
MAKLUMAT KORPORAT






